awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 remaja ditahan terlibat dalam pergaduhan di Ara Damansara

Bernama
Bernama
19/02/2023
12:19 MYT
3 remaja ditahan terlibat dalam pergaduhan di Ara Damansara
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perbuatan mencemuh dan mempersenda antara satu sama lain sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati sebelum berlaku pertelingkahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiga remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam dua kejadian pergaduhan di kawasan perumahan awam dan parkir sebuah pasar raya di Ara Damansara, Petaling Jaya, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadian kira-kira 11.24 malam itu dipercayai berpunca daripada perbuatan mencemuh dan mempersenda antara satu sama lain sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati sebelum berlaku pertelingkahan.
"Ketiga-tiga remaja berusia 14 hingga 16 tahun itu direman empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa menggunakan senjata," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, dalam kes berasingan, dua lelaki berusia 28 dan 32 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pergaduhan menggunakan senjata di sebuah gerai makanan di Taman Medan, di sini, semalam.
Mohamad Fakhrudin berkata siasatan mendapati punca pergaduhan akibat salah faham dalam urusan perniagaan dan susulan pergaduhan itu, kedua-dua individu cedera di bahagian tangan.
Katanya mereka direman hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#remaja ditahan
#pergaduhan
#Ara Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan