awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 kambing, 50 ayam rentung kandang terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/03/2021
03:02 MYT
30 kambing, 50 ayam rentung kandang terbakar
Kebakaran berjaya dikawal kira-kira 30 minit selepas anggota bomba tiba di lokasi dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Foto ihsan JBPM
KULIM: Lebih 30 ekor kambing dan 50 ekor ayam rentung setelah kandang yang menempatkan haiwan itu di Kampung Permatang Durian, Padang Serai, dekat Kulim musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, itu turut mengakibatkan pasangan warga emas yang dipercayai pemilik kandang berkenaan masing-masing melecur ketika cuba menyelamatkan haiwan ternakan itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 5.52 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech yang diketuai Puat Ghazali tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Operasi disertai lapan anggota dan dua jentera dari Kulim Hi Tech dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan polis.
"Setibanya di lokasi didapati kebakaran membabitkan kandang kambing dan ayam kelas C dan musnah 90 peratus," katanya ketika dihubungi hari ini.
30 ekor kambing rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar awal Rabu. - Foto ihsan JBPM
30 ekor kambing rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar awal Rabu. - Foto ihsan JBPM
Mohamadul Ehsan berkata, dalam kejadian itu terdapat pasangan warga emas dipercayai pemilik kandang berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 70 tahun yang melecur di bahagian tangan lima peratus dan wanita berusia 63 tahun melecur di bahu lima peratus.
Antara ayam yang rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar dalam kejadian pada awal Rabu. - Foto ihsan JBPM
Antara ayam yang rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar dalam kejadian pada awal Rabu. - Foto ihsan JBPM
Beliau berkata, dalam kejadian itu, 30 ekor kambing dan 50 ekor ayam ternakan dalam kandang itu turut terbakar.
"Kebakaran dapat dikawal jam 6.17 pagi dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Ayam
#kambing
#rentung
#kandang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan