KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 mendapati 30 peratus rakyat Malaysia merasakan hutang mereka membebankan, yang dilihat menjadi masalah jangka masa panjang dalam kalangan pekerja bergaji di Malaysia.
Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan BNM, Nor Rafidz Nazri berkata hutang ini diperoleh semasa awal bekerja, semasa usia muda mereka yang lazimnya untuk tujuan tidak produktif.
"Tingkah laku ini sering didorong oleh kebimbangan terlepas menikmati gaya hidup. Selain itu, sesetengah hutang adalah untuk perbelanjaan luar jangka seperti kemalangan atau kematian satu-satunya individu yang menjadi penanggung keluarga.
"Risiko sebegini sebenarnya boleh diuruskan melalui perlindungan insurans seperti skim Perlindungan Tenang," katanya semasa pelancaran kempen Cabaran Kesejahteraan Sosial #NoFOMO (#NoFOMOChallenge) baru-baru ini, di sini.
Melalui perlindungan asas yang disediakan di bawah Perlindungan Tenang, rakyat Malaysia boleh melindungi diri dan keluarga mereka dengan premium/caruman serendah RM30 setahun, untuk perlindungan di antara RM10,000 dengan RM30,000.
Nor Rafidz berkata Kaji Selidik FCI 2021 juga mendapati pengurusan risiko kewangan peribadi bukan satu perkara lazim dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 47 peratus rakyat Malaysia menghadapi kesukaran mengumpulkan dana kecemasan sebanyak RM1,000.
Selain itu, satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak berminat untuk mendapatkan insurans atau perlindungan takaful, katanya.
Sebanyak 27 peratus rakyat Malaysia pula bimbang mengenai kemampuan mereka untuk menampung perbelanjaan hari tua, dengan 50 peratus belia Malaysia tidak memikirkan sebarang strategi persaraan.
"Sikap seperti hidup untuk hari ini dan biarlah esok yang menentukannya perlu dielakkan.
"Kita seharusnya menguruskan risiko kewangan peribadi secara aktif untuk menyediakan jaringan keselamatan kewangan semasa keadaan luar jangka untuk mencapai kesejahteraan kewangan," katanya.
Beliau berkata sebagai ahli Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan di Malaysia, BNM menjalankan Kaji Selidik FCI secara berkala untuk mengukur kemajuan celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kaji Selidik FCI telah dijalankan pada 2015 dan 2018, manakala yang terbaru dilaksanakan pada 2021 apabila ekonomi dibuka semula ekoran pandemik COVID-19.
Sementara itu, kempen #NoFOMOChallenge, anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan 16 syarikat ahli LIAM, menyasarkan generasi muda memandangkan kumpulan ini merupakan segmen sasaran utama dalam agenda pendidikan pengguna industri itu.
Presiden LIAM, Loh Guat Lan berkata pihaknya telah terlibat secara aktif dengan generasi muda sejak bertahun-tahun.
Ini kerana penting untuk golongan itu dilengkapi dengan pengetahuan kewangan dan perlu didedahkan kepada perancangan kewangan peribadi seawal mungkin, katanya.
Beliau berkata usaha ini akan memastikan kalangan orang muda boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab dari segi kewangan.
"Kami berusaha untuk mendekati lebih ramai orang muda supaya mereka didedahkan dengan nilai dalam kehidupan.
"Pendidikan pengguna yang berterusan dilihat sebagai strategi untuk memerangi tanggapan salah terhadap insurans, untuk mendidik mengenai isu utama dan membimbing mereka menjadi pengguna yang berpendidikan.
"Oleh itu, memupuk tabiat kewangan yang sihat lebih awal boleh menjadi asas yang kukuh, membawa kepada tindakan membuat keputusan kewangan yang lebih baik, dan mengurangkan kemungkinan terjerumus ke dalam hutang atau masalah kewangan di kemudian hari," katanya.
Loh berkata strategi LIAM melalui #NoFOMOChallenge adalah mendekatkan belia kepada industri, di samping melibatkan pemikir utama atau pempengaruh adalah cara lain untuk menarik minat mereka.
Kempen yang berlangsung sehingga Mei 2023 bertujuan menerapkan tabiat kesejahteraan sosial dan menggalakkan mereka mempromosikan kepentingan perancangan kewangan melalui elemen fizikal, emosi atau kewangan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O'Dell berkata dengan menggunakan slogan 'Live Well, No Fear of Missing Out', kempen itu menjemput belia untuk mencipta idea kandungan video pendek menggunakan humor, 'meme', tragedi atau drama berdasarkan ketiga-tiga elemen utama.
Kempen itu juga menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai lebih RM42,000.
Layari www.nofomo.my untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Sebanyak 27 peratus rakyat Malaysia pula bimbang mengenai kemampuan mereka untuk menampung perbelanjaan hari tua. - Gambar hiasan

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Bursa Malaysia pulih daripada penurunan 2 hari berturut-turut
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan aliran meningkat di bursa serantau, kata seorang penganalisis.

Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.

PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.

Dua lelaki ditahan edar dadah guna teksi, e-panggilan
Polis telah menahan suspek pertama yang memandu sebuah teksi, dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' di sekitar Kelana Jaya.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final.

2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu , Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuatkuasa 1 Julai depan sehingga 30 Jun 2028.

Sudan isytihar Ketua UNITAMS sebagai 'persona non grata'
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk mengisytiharkan Volker Perthes, sebagai "persona non grata".

Kerajaan teruskan pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama i-MILIKI
Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

Bapa rayu kesan anak perempuan hilang
Seorang kontraktor merayu agar anak perempuannya Tan Shu Chyi, yang menghilangkan diri sejak 1 Mei lepas dapat pulang ke pangkuan keluarga atau menghubunginya segera.

PMI Malaysia dijangka kekal konsisten seiring trend PMI global - Firma Penyelidikan
Firma itu menyatakan bahawa kebimbangan itu berasaskan kepada faktor yang mempengaruhi industri kepada risiko penurunan yang ketara.

Senat AS lulus RUU siling hutang untuk ditandatangani Biden menjadi undang-undang
RUU itu memansuhkan had siling AS$31.4 trilion pinjaman kerajaan persekutuan hingga Januari 2025.

Dewan Perwakilan AS lulus perjanjian siling hutang Biden-McCarthy
Dewan Perwakilan AS meluluskan perjanjian yang dirundingkan oleh Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy untuk menaikkan had hutang AS sebelum tarikh akhir bayaran hutan

Kebimbangan kemelut hutang AS dorong Bursa Malaysia dibuka rendah
Kebimbangan berkisar kemelut perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus melemahkan sentimen pelabur pagi ini.

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang
Polis menahan dua lelaki semalam dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar rumah dan menyimbah cat merah di daerah ini.

Tekanan terhadap ringgit diharap berkurangan selepas kemelut hutang AS selesai - Ahmad Maslan
Tekanan terhadap mata wang ringgit berbanding dolar AS diharap akan berkurangan apabila isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) selesai dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Joe Biden, Kevin McCarthy akhirnya capai persetujuan naik had siling hutang AS
Jelas McCarthy, secara dasar persetujuan telah dicapai hasil perbualan telefon bersama Biden selepas rundingan berminggu-minggu.

Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.

Ringgit dibuka rendah, kemelut hutang AS beri kesan terhadap permintaan
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan.