awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300 penggiat radio amatur dijangka hadir program GPRAM

Bernama
Bernama
11/09/2022
07:44 MYT
300 penggiat radio amatur dijangka hadir program GPRAM
Program pada 16 September ini dijangka mengumpulkan kira-kira 300 penggiat radio amatur di Selangor dan Kuala Lumpur. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Program Gelombang Patriotik Radio Amatur Malaysia (GPRAM) yang akan diadakan di Taman Tasik Cyberjaya, pada 16 September ini dijangka mengumpulkan kira-kira 300 penggiat radio amatur di Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengarah GPRAM Sufian Mohd Deris dalam satu kenyataan hari ini berkata program bermula seawal 7 pagi bersempena Hari Malaysia itu juga dibuka kepada orang awam, selain telah menerima pengesahan daripada beberapa kelab radio di luar Lembah Klang untuk turut serta.
"GPRAM akan dipenuhi dengan beberapa aktiviti seperti pameran peralatan radio amatur, pertunjukan komunikasi satelit, pertunjukan komunikasi kod Morse serta pameran stesen komunikasi bergerak daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam," katanya.
Malaysian Amateur Radio Transimission's Society (MARTS) dalam kenyataan sama memaklumkan program itu dianjurkan bertujuan menanam semangat patriotik kepada pengendali radio amatur khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur, di samping memberi maklumat berkaitan radio amatur kepada orang awam.
MARTS ialah badan sukarela ditubuhkan sejak 1952 berasaskan hobi, tetapi mempunyai tanggungjawab sosial yang besar ketika diperlukan, selain dianggotai kira-kira 1,300 pengendali radio amatur di seluruh negara dan kira-kira 200 daripada jumlah itu merupakan ahli aktif.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat MARTS Zanirul Akhmal Zanirun dalam kenyataan itu berkata antara peranan penting pengendali radio amatur ialah memberikan bantuan komunikasi semasa bencana atau tragedi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#radio amatur
#Gelombang Patriotik Radio Amatur Malaysia
#taman tasik cyberjaya
#Hari Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan