awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30,000 pemandu bas sekolah bakal terima bantuan tunai

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
04/08/2020
06:40 MYT
30,000 pemandu bas sekolah bakal terima bantuan tunai
Zafrul memaklumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa tiga sudah mula disalurkan pada 24 Julai lalu. - Gambar Fail
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai kepada 30,000 pemandu bas sekolah pada 24 Ogos ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Zafrul menjelaskan bantuan tunai kepada pemandu bas sekolah ini merupakan tiga perincian utama matlamat Pakej Prihatin.
Mengulas mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH), Zafrul memaklumkan untuk fasa tiga ia sudah mula disalurkan pada 24 Julai lalu.
"Peruntukan yang terlibat adalah hampir RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).
"Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.
"Sehingga 31 Julai 2020, BSH fasa ketiga bagi seramai 4.13 juta penerima telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank melibatkan bayaran RM 2.7 bilion," katanya ketika menyampai laporan Laksana ke-15 pada Selasa.
Zafrul menjelaskan penerima BSH yang diluluskan tetapi tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Beliau juga memaklumkan proses agihan BSH dan BPN secara tunai untuk lebih 50,000 penerima pedalaman Sabah dan Sarawak melibatkan 30 lokasi di Sarawak dan 9 lokasi di Sabah telah selesai pada 31 Julai 2020.
Bagi mereka yang ingin membuat rayuan, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre - UTC).
Mereka yang membuat rayuan dikehendaki menyertakan dokumen yang berkaitan untuk diverifikasi semula oleh LHDNM.
Topic Berkaitan
#bantuan
#Bantuan Sara Hidup
#bas sekolah
#BSH
#Menteri Kewangan
#pemandu
#tunai
#Zafrul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan