JOHOR BAHRU: Seramai 30,000 rakyat Johor dijangka berada di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene, di sini sehingga ke Hangar Diraja, Senai, bagi meraikan keberangkatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara pada 31 Jan ini.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia membabitkan laluan sepanjang 35.5 kilometer yang akan ditutup bermula 7.45 pagi hari sama.
Beliau berkata seramai 1,200 pegawai dan anggota termasuk agensi lain akan membantu penugasan mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran trafik.
"Pergerakan keberangkatan baginda akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Hangar Diraja.
"Ada 15 lokasi tempat pemeriksaan sambutan dengan 30,000 orang dianggarkan akan hadir, saya menyeru rakyat beramai-ramai hadir meraikan keberangkatan baginda," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini pada Ahad.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan sentiasa mengutamakan keselamatan serta mendengar arahan pihak polis.
Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 mulai 31 Jan ini.
Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Seramai 30,000 rakyat Johor dijangka berada di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene, di sini sehingga ke Hangar Diraja, Senai. - Foto fail/Astro AWANI
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan esok.
Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap PM Anwar
Sultan Ibrahim berangkat tiba di istana tersebut pada 9.34 pagi, diikuti Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 10 minit kemudian.
Barisan Exco Johor angkat sumpah hari ini
Majlis akan berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene.
Permaisuri Johor kurnia elaun kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).
Rombakan Barisan Exco Kerajaan Negeri bakal dimuktamad akhir minggu ini
Rombakan barisan Exco kerajaan negeri Johor dijangka dimuktamadkan menjelang akhir minggu ini, kata Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal.
Dr Sahruddin perlu laksana tugas dengan tegas demi rakyat - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Dr Sahruddin Jamal akan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dengan tegas dalam membela nasib rakyat.
Sultan Johor mahu MB baharu pentingkan Johor berbanding diri atau politik
Tuanku menitahkan agar Dr Sahruddin, dapat memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan jujur, ikhlas dan amanah.
Teka-teki siapa ganti Osman di Johor diketahui hari ini
Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Baharu akan diadakan pagi ini di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada jam 9.30 pagi.
[SAKSIKAN] Sultan Johor hantar Tun M ke lapangan terbang naik Proton Saga
Perbuatan Sultan Ibrahim itu dilihat mengundang pelbagai reaksi positif daripada kalangan netizen.
Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian, 67, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16.