KUALA LUMPUR: Hari ini akan berlangsung majlis angkat sumpah ahli-ahli majlis kerajaan negeri (Exco) Johor selepas senarai kepimpinan mereka diperkenan Sultan Ibrahim Iskandar bagi dilantik dan mengangkat sumpah.

Majlis akan berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene.

Sebelum ini, pada Khamis, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook beliau memaklumkan, Sultan Ibrahim Sudah memperkenankan senarai barisan Exco yang dipersempahkannya.

Pada 18 Mac lalu, media melaporkan Onn Hafiz, cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, kira-kira jam 3 petang hari berkenaan.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian UMNO  Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.