awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,100 permohonan bernilai RM596 juta diluluskan untuk golongan muda miliki rumah pertama

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/11/2019
08:58 MYT
3,100 permohonan bernilai RM596 juta diluluskan untuk golongan muda miliki rumah pertama
Bank Negara Malaysia telah meluluskan 3,100 permohonan bernilai RM596 juta di bawah Dana Rumah Mampu Milik untuk membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama, kata Lim Guan Eng. - Gambar fail
Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan 3,100 permohonan bernilai RM596 juta di bawah Dana Rumah Mampu Milik untuk membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah kelulusan itu dicapai selepas BNM melakukan penambahbaikan kriteria kelayakan dana berkenaan bagi membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah membiayai pembelian rumah pertama mereka.
“Penambahbaikan termasuk pendapatan maksimum bulanan dinaikkan sehingga RM4,360 dan harga maksimum harta tanah dinaikkan kepada RM300,000.
“Penambahbaikan ini telah berkuat kuasa pada 1 September 2019,” katanya ketika menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) sewaktu sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat, hari ini.
Hassan ingin mengetahui sejauh mana kemajuan yang telah dicapai BNM bagi membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah mampu milik.
Melalui dana itu, Guan Eng berkata, pembeli rumah pertama, terutamanya golongan muda akan mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan pelaksana melalui kadar pembiayaan konsensi lebih murah daripada pasaran semasa.
Penurunan itu ialah sebanyak 3.5 peratus setahun dan tempoh pembiayaan yang lebih panjang iaitu selama 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
“Kadar pembiayaan yang rendah serta tempoh pembiayaan lebih panjang dapat meningkatkan kemampuan peminjam melalui pengurangan pembayaran bulanan pembiayaan, seterusnya merangsang daya beli dan meningkatkan akses kepada pembiayaan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Dana Rumah Mampu Milik
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan