Operasi bersepadu besar-besaran yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilancarkan di sekitar bandar di sini awal hari ini yang menyaksikan seramai 315 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut seramai 130 orang telah ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan untuk tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen, tiga orang ditahan reman kerana kesalahan dadah manakala selebihnya dibebaskan selepas dapat membuktikan dokumen yang sah diri masing-masing.
Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata operasi bersepadu sehari yang bermula jam 4 pagi itu melibatkan pelbagai agensi Keraajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh ESSCOM.
Beliau berkata operasi bersepadu itu tertumpu di kawasan penempatan kampung air pinggiran bandar Sandakan, termasuk Kampung Woodview, Kampung Forest, Kg Cahaya Baru dan yang penghuninya pernah dibanci oleh ESSCOM sebelum ini.
Katanya operasi yang turut mendapat kerjasama pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tersebut juga telah merobohkan lebih 32 rumah penempatan haram yang dihuni oleh pendatang tanpa izin (PATI) manakala lebih 1,000 rumah lagi di kawasan operasi itu telah diberi notis arahan perobohan oleh MPS kerana mendirikan rumah haram di tanah kerajaan.
Selain itu, beliau berkata operasi tersebut turut melibatkan beberapa blok bangunan rumah kedai di bandar Sandakan yang dipercayai dihuni oleh PATI.
Sukarti berkata operasi membanteras PATI itu merupakan langkah susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai PATI di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) baru-baru ini yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
"Kerajaan memandang serius masalah PATI di Sabah, dan operasi ini merupakan permulaan kepada pelbagai langkah drastik yang kita akan ambil untuk menangani masalah PATI susulan laporan RCI.
"Niat murni kita ialah membersihkan Sabah daripada PATI seperti yang diharapkan oleh rakyat tempatan di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Turut berada di lapangan bagi memantau dan menjayakan operasi bersepadu itu ialah Komander ESSCOM Dato' Abdul Rashid Harun dan Pengarah Awam ESSCOM Ruji Ubi.
Sukarti berkata seramai 603 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, termasuk Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Imigresen, Jabatan Hutan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Pertahanan Awam, Sabah Electricity Sdn Bhd, Jabatan Bekalan Air, Majlis Perbandaran Sandakan dan Ibu Pejabat Polis Sandakan menyertai operasi itu.
Ridzal Abdullah
Sat Dec 27 2014
Tiga orang ditahan reman kerana kesalahan dadah manakala selebihnya dibebaskan selepas dapat membuktikan dokumen yang sah diri masing-masing. - Foto Astro AWANI/Ridzal Abdullah
Niaga AWANI: Sinergi diperlukan bagi merealisasikan aspirasi mampan negara
Kenyataan itu juga mengatakan bahawa RHB telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah operasi neutral karbon, mencapai pengurangan 43 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) operasi berbanding garis dasar 2016, merangkumi Skop 1, 2, dan 3 (Perjalanan Perniagaan melalui Jalan dan Udara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Pagi: Raya Oh Raya: Alamak! Poket dah "kering" ni
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Dr Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Pengurus, Perhubungan Korporat Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) mengenai pengurusan kewangan selepas berdepan perbelanjaan yang banyak dimulai sesi sekolah dibuka diikuti puasa dan hari raya. Ini termasuk bagaimana pengurusan yang baik boleh membantu membawa keluar keluar daripada pergelutan kewangan sementara menunggu gaji bulan seterusnya.
Niaga AWANI: RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan kepada RM50 bilion menjelang 2026
Menjelang 2030, RHB menyasarkan untuk mencapai pengurangan 20 peratus dalam sektor ini. Menjelang 2050, matlamat RHB adalah untuk mencapai pengurangan sehingga 96 peratus dalam pelepasan yang dibiayai merentas lima sektor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Reformasi Ekonomi: Antara subsidi, mekanisme & kesejahteraan rakyat
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib mengulas berkenaan usaha rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan kerajaan, serta impak kepada reformasi ekonomi ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.