awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

31,503 pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan dibenar mulakan aktiviti akademik

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2020
07:54 MYT
31,503 pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan dibenar mulakan aktiviti akademik
Kerajaan setuju benarkan pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan seperti pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah untuk memulakan aktiviti akademik dengan segera, kata Ismail Sabri.
Kerajaan bersetuju membenarkan pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan seperti pengajian Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (Phd) untuk memulakan aktiviti akademik dengan segera di kampus semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu bakal melibatkan 31,503 pelajar.
"Kebenaran ini melibatkan 31,503 pelajar di 462 IPT (institut pengajian tinggi) yang perlu melakukan penyelidikan secara fizikal di makmal, bengkel dan studio reka bentuk kerana memerlukan peralatan khusus," katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
Langkah itu juga dibuat selepas melihat kepada jumlah mereka yang terlibat bukan dalam pergerakan kumpulan yang besar.
"Kita kira mereka ini tidak ramai buat penyelidikan bagi kursus Masters dan Phd. Kita anggarkan satu IPT ada dalam 50 orang, jadi ia jumlah yang tidak besar," ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Doktor Falsafah
#institut pengajian tinggi
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#menteri
#pelajar
#perintah kawalan pergerakan
#Sarjana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan