MELAKA:Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman.
Rahmad berkata Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu.
Menurutnya kesemua 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif COVID-19 di bawah saringan Kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak berkenaan dan mendapat rawatan di institusi perubatan tersebut.
"Sehingga 12 tengah hari semalam, sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya masih belum mendapat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Katanya kini Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah positif COVID-19 di negeri itu sehingga semalam ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.
Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata dua pelajar tingkatan lima masing-masing daripada sekolah asrama di Bukit Piatu di sini, dan sekolah berasrama penuh di Jasin didapati positif COVID-19.
BACA: COVID-19: Hospital Melaka penuh, pesakit dihantar ke MAEPS
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah
Arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Petronas sahkan semua kakitangan di Sudan selamat
Kenyataan pada Ahad itu juga memaklumkan kakitangan kumpulan Petronas selamat di kediaman masing-masing atau berada di luar negara.
Enam maut tembakan di pasar raya Walmart
Siasatan awal mendapati insiden berlaku di bilik kakitangan pasar raya Walmart di Chesapeake.
Jururawat di HSI akan ditambah - Onn Hafiz
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jururawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi meringankan tanggungan kerja di hospital itu.
COVID-19: Kakitangan NHS, kesihatan wajib terima vaksinasi
Ia perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan masyarakat umum ketika tempoh pandemik ini.
Vaksin COVID-19: KTMB percepat proses di PPVIN KL Sentral, MyRA
Sehingga kini 77 peratus daripada 5,782 kakitangan KTMB telah menerima dua dos vaksin lengkap.
Siasatan ke atas AKSB lebih 70 peratus selesai - SPRM
Sumber SPRM memberitahu, setakat ini sudah lebih lima individu dipanggil untuk membantu siasatan dan dirakamkan percakapan.
COVID-19: Sudah tiba masa tingkatkan kapasiti peralatan dan jumlah kakitangan
Tindakan itu perlu dilakukan memandangkan kes baharu kini mencecah 15,000 kes sehari.
Syarikat rugi lebih RM126,000 angkara tuntutan palsu
Perbuatan itu terbongkar setelah juruaudit syarikat terbabit membuat semakan penyata kewangan syarikat.
COVID-19: Kakitangan positif, Puspakom Kota Kinabalu ditutup bermula hari ini
Langkah penutupan serta-merta itu dilakukan agar proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh dapat dilaksanakan di premis itu.