KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 324,745 dos diberikan pada Sabtu.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 213,971 ialah penerima dos pertama.




Dengan ini, jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 10 Julai mencapai 11,075,493 dos.


Dr Adham turut memaklumkan lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua pada Sabtu ialah Selangor dengan 78,081 diikuti Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (43,695), Johor (26,050) dan Perak (24,067).



Setakat semalam, 23.4 peratus daripada populasi negara selesai menerima suntikan pertama vaksin, manakala 10.5 peratus lagi telah lengkap dua dos.