ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa 34 daripada 50 rumah mangsa banjir akibat kejadian kepala air di Kampung Iboi dekat Baling tahun lepas, telah siap dibaik pulih.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerja baik pulih bagi 16 rumah lagi dijangka selesai 16 Mac ini.
Sementara itu, bagi pembinaan rumah ganti baharu yang membabitkan 12 unit rumah bagi fasa satu, beliau berkata ia telah mencapai status pelaksanaan 43 peratus setakat 30 Jan lepas.
"Bagi fasa dua sebanyak 17 unit pembinaan rumah baharu yang masih dalam proses pengambilan tanah oleh kerajaan negeri di Bukit Batu Kawi, Mukim Kupang (dekat) Baling.
"Peruntukan (bagi fasa satu dan dua itu) daripada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berjumlah RM3 juta," katanya ketika menjawab soalan Datuk Zamri Yusuf (PH-Suka Menanti) yang ingin tahu bilangan rumah yang akan dibaiki dan dibina ganti untuk mangsa banjir kepala air di Yan dan Kampung Iboi.
Muhammad Sanusi berkata 55 rumah mangsa di Yan yang dibaik pulih pula telah siap sepenuhnya dengan kesemua rumah itu sudah diduduki penduduk terlibat.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga negeri Mohamad Yusoff Zakaria berkata jumlah peruntukan diluluskan untuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling bagi fasa satu berjumlah RM15 juta.
"Kawasan-kawasan terlibat (dalam projek tebatan banjir itu) adalah tertumpu di kawasan Sungai Kupang," katanya menjawab soalan Abd Nasir Idris (PAS-Bayu) yang ingin tahu mengenai projek tebatan banjir di daerah Baling.
Mohamad Yusoff berkata projek itu dalam peringkat penyediaan reka bentuk akhir iaitu perunding telah dilantik dengan kontrak RM1.2 juta dan pembinaan dijangka bermula awal tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerja baik pulih bagi 16 rumah lagi dijangka selesai 16 Mac ini. - Foto BERNAMA

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

Hubungan kukuh negeri, persekutuan penting - Ahmad Zahid
Hubungan kukuh antara kerajaan negeri dan pusat penting dalam perlaksanaan projek pembangunan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor
Masalah air di UMS sejak beberapa bulan ini membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus.

RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ
Peruntukan itu bagi melaksanakan projek saluran paip dan tangki air Rengit, yang kini berada pada peringkat DED.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

KPKM umum peruntukan tambahan RM400,000 untuk bina pam air, telaga tiub
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM400,000 untuk membina pam dan telaga tiub bagi mengatasi masalah air ketika musim kemarau.

Rumah kongsi lapan pintu musnah dalam kebakaran
Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah tapak pembinaan musnah dalam satu kebakaran di Bertam, di sini hari ini.

Gangguan bekalan air di Pendang, Yan, Kota Setar Rabu ini
Kira-kira 9,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah di Kedah akan mengalami gangguan akibat penyelenggaraan cuci tangki mendapan pada Rabu ini.

Sepanyol alami kemarau teruk, empangan air mula kering
Ia sekaligus membawa negara itu kepada krisis bekalan air yang menyukarkan penduduk mendapat bekalan sumber air yang mencukupi.

Sumber air mentah perlu dipelbagaikan bagi atasi masalah bekalan air - Pakar
Menurut Profesional Persekitaran Air, Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, masih belum terlambat untuk pihak berkenaan untuk mempelbagaikan sumber air mentah.

DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/