awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 ditahan positif syabu di dua kampung, pusat hiburan di Tawau

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
09/11/2017
10:20 MYT
35 ditahan positif syabu di dua kampung, pusat hiburan di Tawau
Antara suspek yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Tawau. -Astro AWANI/Ridzal Abdullah
Bertindak atas laporan orang awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah menggempur sebuah kampung di sini dan menahan 35 individu yang didapati positif dadah jenis syabu.
Operasi Perdana Siri 3 pada malam Rabu di Kampung Balung Kokos disertai anggota dan pegawai dari RELA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APM) dan Kastam.
Pegawai AADK Daerah Tawau, Gani Keruput berkata serbuan turut dilakukan di Kampung Merotai 7 dan beberapa pusat hiburan pada malam Rabu lalu.
"Terdapat sedikit pergelutan dan kejar mengejar dengan suspek kerana ingkar dan cuba melarikan diri, namun akhirnya mereka berjaya dicekup," kata Gani.
Menurut Gani, 45 individu diperiksa sebelum 35 orang ditahan setelah ujian air kencing dibuat.
Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 13 hingga 40 tahun dan kini disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah.
Topic Berkaitan
#APM
#Gani Keruput
#Kampung Balung Kokos Tawau
#RELA
#SPRM
#Tawau
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan