ALOR SETAR: Seramai 35 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Andalas, Hutan Kampung pada Khamis kerana menyertai parti liar.
Kesemua mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana berkumpul di sebuah rumah dalam jumlah yang ramai.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim.
Dalam serbuan itu, 24 daripadanya adalah lelaki manakala 11 daripadanya merupakan wanita berusia antara 16 hingga 26 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, daripada jumlah yang ditahan, 28 individu terbabit didapati positif dadah ketamin dan methapetamine.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan jam 3.30 pagi Khamis, kesemua mereka sedang berhibur dengan memasang muzik dengan kuat dan berkhayal.
Beliau berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Selain itu, empat individu lagi ditahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah.
"Kesemua 35 individu itu dikenakan kompaun mengikut Seksyen 22(b) Akta 342 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, kesemua mereka dibawa ke IPD Kota Setar untuk dibuat laporan dan diambil tindakan lanjut.
Beliau berkata, 'Ops Parti Liar' itu disertai dua pegawai dan lapan anggota.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Apr 01 2021
Kesemua mereka didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana berkumpul di sebuah rumah dalam jumlah yang ramai. - Foto PDRM
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Parti liar: Kerajaan Terengganu panggil pemilik resort
Pemilik sebuah resort persendirian akan dipanggil esok berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti liar.
Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.
28 lelaki, wanita ditahan sertai parti liar di Genting Highlands
Seramai 28 lelaki dan wanita yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands, di sini, semalam.
Penganjur, pengunjung parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta
Semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi tetapan SOP MKN iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.
303 individu ditahan dalam parti liar kolam renang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 161 lelaki dan 55 wanita warga asing serta 31 lelaki dan 56 wanita tempatan.
26 individu ditahan berpesta liar di kondominium mewah
Polis turut merampas pelbagai peralatan sistem audio yang diubah suai seperti digunakan pusat hiburan dan kesemua suspek kini ditahan reman.
Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka
Ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar suara dipercayai untuk berparti.
Anjur parti liar, 13 remaja dikompaun RM4,000
Seramai 13 remaja dikompaun RM4,000 setiap dari mereka selepas ditahan menganjurkan parti liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura awal pagi Selasa.
Parti liar: 2 anggota polis antara 14 ditahan di kondomium mewah
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan.
Dua penjawat awam antara 9 ditahan sertai parti liar di kondominium
Dua penjawat awam antara sembilan yang ditahan ditahan polis dalam serbuan ke atas sebuah parti liar yang diadakan di sebuah kondominium di sini pada awal pagi tadi.