awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 jam berlalu, kelibat Duta Korea Utara masih tidak kelihatan

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
06/03/2017
01:30 MYT
35 jam berlalu, kelibat Duta Korea Utara masih tidak kelihatan
Petugas media antarabangsa mendakwa empat individu termasuk seorang yang dikatakan Kang Chol dilihat keluar dari kediaman kedutaan Korea Utara itu dengan menaiki sebuah MPV menuju ke KLCC. - Gambar fail
Selepas 35 jam berlalu masih tiada kelibat Duta Besar Korea Utara masuk mahupun keluar di kedutaan negara itu di Bukit Damansara.
Media tempatan dan antarabangsa yang berkampung di hadapan kedutaan sejak semalam memaklumkan tiada sebarang pergerakan dikesan di kedutaan tersebut sejak tengah malam hingga 7 pagi Isnin.
Lebih mengelirukan pasukan media apabila tidak kelihatan lampu yang dihidupkan didalam premis itu.
Kang Chol telah diberi tempoh 48 jam yang berakhir pada jam 6 petang Isnin selepas dilabelkan sebagai 'Persona Non Grata' oleh kerajaan Malaysia.
Namun, petugas media antarabangsa mendakwa empat individu termasuk seorang yang dikatakan Kang Chol dilihat keluar dari kediaman kedutaan Korea Utara itu dengan menaiki sebuah MPV menuju ke KLCC.
Empat individu tersebut didakwa membeli belah di KLCC sebelum pulang ke kediaman Duta Besar Korea Utara itu dan menghabiskan masa dengan bermain snooker di tingkat atas premis tersebut.
@501Awani media tempatan dan antarabangsa yg berkampung di kedutaan Korea Utara sejak tgh mlm pic.twitter.com/Go2OY8ngPJ
— Syah Hairizal (@syahhairizal) March 5, 2017
@501Awani sehingga 6.30 pagi masih tiada individu keluar atau memasuki kedutaan sejak tgh mlm pic.twitter.com/ruvXPHLkKs
— Syah Hairizal (@syahhairizal) March 5, 2017
@501Awani petugas media antarabangsa mendakwa melihat pegawai kedutaan Korea Utara bermain snoker menjelang tgh mlm pic.twitter.com/D78b9T5Ot9
— Syah Hairizal (@syahhairizal) March 5, 2017
@501Awani 4 individu termasuk bekas duta Korea Utara didakwa media antarabangsa keluar membeli belah di KLCC menaiki MPV pic.twitter.com/0AHRLsPLtE
— Syah Hairizal (@syahhairizal) March 5, 2017
Topic Berkaitan
#Duta Korea Utara
#Malaysia
#persona non grata
#usir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan