awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000

Bernama
Bernama
29/11/2023
07:20 MYT
35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
Ahli KWSP dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan 2.0 peratus atau pun hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 35 peratus atau 94,827 orang ahli dengan jumlah simpanan RM246.1 juta.
Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan 2.0 peratus atau pun hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion.
"Setakat 1 Januari 2023, sebanyak 274,715 ahli KWSP berumur 54 tahun atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP (15.7 juta) dengan jumlah simpanan mereka bagi yang berumur 54 tahun itu adalah sebanyak RM35.72 bilion," katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Sim berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-Amanah) mengenai pecahan jumlah simpanan ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada 1 Januari 2023.
Sementara itu, sebanyak 8.0 peratus ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM10,001-RM20,000, diikuti dengan RM20,001-RM50,000 (13 peratus), RM50,001-RM100,000 (12 peratus) RM100,001-RM200,000 (13 peratus), RM200,001-RM500,000 (13 peratus) dan RM500,001-RM1juta (4.0 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#simpanan rendah
#usia persaraan
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan