NIBONG TEBAL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadam 35 peratus daripada 4.05 hektar kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini, yang terbakar sejak Rabu lalu.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizan Timaradin berkata operasi memadamkan kebakaran itu menunjukkan perkembangan positif hari ini.
Ia selepas pihaknya menjalankan kaedah pengeboman air atau pemadaman dari udara.
"Kita buat 16 pusingan pengeboman air dan beberapa kaedah lain, kita mendapati 35 peratus di kawasan terbakar itu telah berjaya dipadamkan.
"Setakat ini, kami juga mendapati tiada kemerebakan api di kawasan baharu di tapak pelupusan sampah seluas 16.2 hektar itu dan kaedah pengeboman air akan diteruskan esok," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Hafiz Hafizan berkata pihaknya bersama beberapa agensi lain termasuk Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil langkah-langkah serta merangka beberapa kaedah lain lagi termasuk fire break bagi mempercepatkan operasi pemadaman itu.
Katanya, pihaknya turut menggunakan tanah untuk menimbus kawasan kebakaran bagi memadamkan api dan dengan bantuan JAS untuk memantau cerapan haba titik panas supaya dapat mengesan api dalam tanah lebih cepat.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jan 19 2022

Bomba berkata, operasi memadamkan kebakaran itu menunjukkan perkembangan positif hari ini. - Gambar/ Bernama

Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan.

AWANI Ringkas: Tanah mendap: Penduduk diarah berpindah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perhimpunan WHO | PBB seru labur lebih banyak dana kepada WHO
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat global untuk melabur lebih banyak dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosikan "keamanan dan keselamatan." Bercakap pada perhimpunan kesihatan, Guterres berkata sepanjang krisis COVID, WHO telah menjadi "sumber sokongan terbuka yang teguh" untuk akses vaksin yang saksama.

Teknologi Penternakan | Kolar GPS bantu kawal lembu
Penternak lembu di Sussex, Selatan England, menemui kaedah baharu yang membolehkan mereka tidak lagi menggunakan pagar bagi mengawal haiwan berkenaan. Syarikat Nofense UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu,

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Ceroboh Perairan | Bot asing bersama 18 awak-awak ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, bot berkenaan ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Cubaan Culik | Budak empat tahun dilarikan lelaki warga Myanmar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan lelaki warga Myanmar ketika sedang bermain di hadapan rumahnya di Pusat Dagangan Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi, pada Ahad.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan sepenuhnya
Selepas tiga minggu terbakar, tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal, Pulau Pinang akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.

65 peratus kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan
JBPM Pulau Pinang berjaya memadamkan 65 peratus daripada lebih 11 hektar kawasan kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah Pulau Burung.

90 keluarga terjejas akibat kebakaran tapak pelupusan sampah akan terima bantuan RM1,000
Mereka terdiri daripada 38 buah keluarga yang tinggal di Ladang Byram dan 52 buah keluarga dari Kampung Kebun Baru.

SJKT Ladang Byram catat IPU tidak sihat
Bacaan IPU di SJKT Ladang Byram dicatatkan tidak sihat ekoran kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak Rabu minggu lepas.

35 peratus kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung berjaya dipadam
Operasi memadamkan kebakaran itu menunjukkan perkembangan positif hari ini.

Kaedah bom air digunakan dalam operasi di tapak pelupusan sampah
Seramai lapan anggota JBPM akan terlibat dengan operasi yang menggunakan helikopter pada pagi ini.

Kebakaran tapak lupus sampah: 10 sekolah diarah tutup sementara
Keputusan diambil selepas indeks udara di kawasan sekolah dalam lingkungan radius 10km berada pada tahap AEGL 3 iaitu kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk.

Kebakaran tapak lupus sampah: Majoriti penduduk akur pindah
Dia yang tinggal di situ sejak dilahirkan berkata, kejadian berkenaan merupakan yang terburuk sehingga arahan berpindah dikeluarkan.

Tindakan tegas menanti syarikat tapak pelupusan jika tidak patuhi SOP
Kualiti udara di kawasan sekitar adalah tercemar dan berbahaya dengan radius asap tebal kini tersebar sejauh 7 kilometer.

Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, penduduk berhampiran mula berpindah
Penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini susulan arahan dikeluarkan pihak berkuasa demi keselamatan dan kesihatan mereka.