awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 pukat pari dipercayai akibatkan kematian penyu dirampas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/03/2022
02:40 MYT
35 pukat pari dipercayai akibatkan kematian penyu dirampas
Jabatan Perikanan Terengganu berjaya merampas 35 pukat pari menerusi Ops Penyu 2 yang dilancarkan bermula 7 Mac lalu. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Terengganu berjaya merampas 35 pukat pari yang dipercayai menjadi punca utama kematian penyu di negeri Terengganu.
Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata langkah yang dilaksanakan itu menerusi Ops Penyu 2 yang dilancarkan bermula 7 Mac lalu.
Menurut Ruzaidi, walaupun penggunaan pukat berkenaan mengancam reptilia marin lain termasuk memerangkap penyu, namun nelayan cenderung menggunakannya kerana mampu meraih hasil tangkapan yang banyak.
"Bahayanya pukat pari kepada penyu ini, terutamanya penyu yang masih remaja, kerana mudah terperangkap.
"Sekiranya kita mempunyai pukat pari ini, iaitu yang 10 inci ke atas, memang sangat mudah penyu tersangkut pada pukat pari.
"Apabila tersangkut atau terperangkap, penyu sudah tidak boleh nak naik ke atas, ia mati kelemasan," katanya.
Beliau berkata penggunaan pukat pari berukuran 24.5 sentimeter ke atas telah diharamkan di seluruh negara sejak tahun 1980.
Jelasnya, tindakan tegas termasuk penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM20,000 boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
Katanya, sebanyak 27 kematian penyu, kebanyakannya daripada spesies penyu agar, direkodkan sepanjang tahun ini dengan kes terakhir melibatkan penyu agar jantan dewasa pada 1 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#pukat pari
#jabatan perikanan
#Ops Penyu 2
#Ruzaidi Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan