awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang

Bernama
Bernama
03/11/2022
11:39 MYT
35 rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang
GAMBAR FAIL: Seramai 24 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan berjaya dibawa pulang dari Phnom Penh, Kemboja pada 9 September lalu. - BERNAMA
SEPANG: Seramai 35 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dan terperangkap di Kemboja berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dan dibawa pulang ke tanah air hari ini.
Ketua Protokol dan Konsular Kementerian Luar Mohd Aini Atan berkata kesemua mereka selamat tiba dengan dua penerbangan berasingan, dengan kumpulan pertama melibatkan 28 mangsa termasuk seorang wanita tiba pukul 2 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata kumpulan kedua pula yang melibatkan tujuh lelaki tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 5.35 petang tadi.
"Jumlah yang sudah diselamatkan ialah 324 orang, mereka diselamatkan di Kemboja, Laos, Thailand dan Myanmar sejak April hingga sekarang, daripada 459 kes yang dilaporkan kepada kami.
"Daripada 324 orang itu, 304 mangsa sudah selamat tiba di Malaysia manakala selebihnya masih ditahan di depot tahanan negara berkenaan iaitu 14 di Laos, dua di Myanmar dan empat di Thailand," katanya dalam sidang media di KLIA hari ini.
Mohd Aini berkata kejayaan membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan di luar negara adalah hasil kerjasama erat antara Kementerian Luar dan agensi-agensi yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Malaysia Airports Holdings Bhd dan lain-lain lagi.
"Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar ada pelan komunikasi yang komprehensif dalam menangani masalah ini (menyelamatkan rakyat Malaysia di luar negara)," katanya, yang turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan bersifat "too good to be true".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#sindiket penipuan tawaran pekerjaan
#Kemboja
#dibawa pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan