awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa tapak kediaman menteri propaganda Nazi di Berlin
MOTAC, MOF bincang keperluan jaminan insurans untuk ejen pelancongan - Tiong
Pastikan setiap projek dilaksana segera, beri kesan kepada komuniti setempat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 rumah setinggan musnah terbakar di Sandakan

Radhi Muslim
Radhi Muslim
09/09/2018
01:35 MYT
35 rumah setinggan musnah terbakar di Sandakan
Pihak bomba tidak menerima sebarang laporan kecederaan membabitkan mangsa kebakaran dalam kejadian awal pagi ini. Astro AWANI
Sebanyak 35 buah rumah setinggan di Kampung Gelam, berdekatan bandar Sandakan, musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1.40 awal pagi tadi.
Ketua Zon Enam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.42 pagi lalu bergegas ke lokasi bersama 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan.
“Sebaik tiba, pada jam 1.50 pagi dengan menggunakan empat buah jentera dan dua kenderaan utiliti, didapati kebakaran membabitkan rumah setinggan dengan struktur kayu.
"Usaha mengawal api segera dilakukan. Pada jam 2.50 pagi, api berjaya dikawal sebelum operasi berakhir pada jam 4.32 pagi.
“Pemeriksaan awal mendapati, sebanyak 35 buah rumah terbakar,“ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Anddre berkata, anggota bomba berjaya menyelamatkan sebuah bengkel membaiki kapal dan puluhan rumah setinggan berdekatan kawasan terbabit.
“Namun demikian, punca kejadian dan nilai anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Anddre Andrew
#bomba
#kebakaran
#musnah
#rumah
#Sabah
#Sandakan
#setinggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan