awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula

Bernama
Bernama
20/07/2015
12:48 MYT
36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula
Kerjasama polis dengan masyarakat dapat membantu membanteras jenayah pecah rumah. - Gambar hiasan
Sebanyak 36 kes pecah rumah dicatatkan di negeri ini dalam 10 hari pertama Op Selamat 7 dilancarkan 10 Julai lalu, peningkatan empat kes berbanding tempoh sama pada Op Selamat tahun lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata peningkatan kes itu tidak begitu ketara namun polis akan melipatgandakan pengawasan dan rondaan supaya dapat mengurangkan kejadian tersebut.
"Kami akan melipat gandakan usaha supaya kejadian sebegini dapat dikurangkan khususnya ketika pada musim perayaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga berkata jumlah kemalangan ketika Op Selamat 7 turut meningkat 7.13 peratus atau 78 kes sehingga semalam dengan 1,094 kes berbanding 1,016 kes tahun lepas.
"Sebanyak enam kemalangan maut dicatatkan di negeri ini membabitkan tujuh kematian dan sebanyak 5,993 saman dikeluarkan dalam tempoh yang sama," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata, indeks jenayah di negeri ini menurun sebanyak 21.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata hampir kesemua kategori jenayah di negeri ini turun kecuali kategori curi van dan lori.
"Jenayah curi van dan lori di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara kebelakangan ini dan kami telah menubuhkan pasukan khas untuk mengambil tindakan terhadap kegiatan ini," katanya.
Beliau juga yakin kerjasama polis dengan masyarakat dapat membantu membanteras jenayah ini dalam tempoh masa terdekat.
Terdahulu, Abdul Rahim menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti (JPJKK) Pulau Pinang yang baru, ACP Abdul Rahman Ibrahim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) baru, Supt Teh Eng Hin.
Abdul Rahman menggantikan SAC Mohd Nasir Salleh yang telah bersara manakala Teh pula mengambil tempat ACP Azmin Adam yang ditukarkan menjadi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Hanafi
#hari raya
#PDRM
#pecah rumah
#polis
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan