awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

365 hari selepas pemindahan hati adik Arshad

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/10/2015
11:16 MYT
365 hari selepas pemindahan hati adik Arshad
365 hari selepas pemindahan hati Arshad - Gambar fail
Tarikh yang sama hari ini pada tahun lepas, kanak-kanak yang mengidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah dan ayahnya yang juga penderma hati untuk Arshad, Antashah Mohd Nor sedang berada di bilik pembedahan di Hospital Universiti Singapura (HUS).
Selepas satu tahun berlalu, Arshad sebenarnya melalui pelbagai cabaran getir yang sebenarnya menguji kesabaran ibu dan bapanya selain terpaksa ke India pada Julai lepas untuk menjalani pemeriksaan hati dan berdepan kemungkinan pembedahan kati kali kedua.
Tiada kata lain yang boleh diucapkan oleh kedua ibu dan bapanya selain bersyukur kerana hasil pemeriksaan mendapati Arshad tidak perlu menjalani pembedahan kali kedua dan hanya prosedur hati biasa sebagai penyelamat.
"Assalamualaikum, setahun berlalu dari tarikh hati bapa Arshad dan adik Arshad Imanshah disatukan. 28 Oktober 2014 di NUH, Singapura.
"Tiada kata lain selain syukur kepada Allah yang memperkenankan doa-doa kami semua. Walau perjalanan selepas transplant bukanlah selancar yang diduga, namun berkat doa semua adik Arshad Imanshah masih bersama kami.
"Hanya doa dari kami sekeluarga, semoga Allah memberkati segala pengorbanan anda dalam membantu kami menyelamatkan nyawa anak kecik kami. JazaAllah Khair. InsyaAllah, semoga kita dapat bersua suatu hari nanti," kata ibu bapa Arshad dalam catatan terbaru di laman Facebook Donate and Save Arshad Imanshah.
#arshadimanshahsaysthankyou
Assalamualaikum, Setahun berlalu dari tarikh hati bapa arshad dan adik arshad imanshah disatukan. 28 October 2014 di NUH, Singapore.Tiada kata lain selain syukur ke hadrat Allah SWT yang memperkenankan doa-doa kami semua. Walau perjalanan selepas transplant bukanlah selancar yang diduga, namun berkat doa semua adik Arshad Imanshah masih bersama kami. Hanya doa dari kami sekeluarga, semoga Allah SWT memberkati segala pengorbanan anda dalam membantu kami menyelamatkan nyawa anak kecik kami. JazaAllah Khair. InsyaAllah, semoga kita dapat bersua suatu hari nanti. Music: Setia by Elizabeth Tan feat Faizal Tahir
Posted by Donate and Save Arshad Imanshah on Tuesday, October 27, 2015
Sebelum ini, Arshad yang menjalani pembedahan hati di HUS Oktober tahun lalu dibenarkan keluar hospital. Arshad dilaporkan stabil walaupun denyutan jantung dan tekanan darahnya pada masa itu masih belum di peringkat memuaskan.
Pelbagai kisah mengenai Arshad termasuk doa dah harapan terhadap tanda-tanda kesembuhan Arshad sendiri sebelum ini selain doa serta harapan kepada semangat Arshad sendiri untuk keluar dari tahap 'kritikal' yang dihadapinya.
Sementara itu, beberapa catatan di laman Facebook turut menyatakan syukur dan kagum dengan semangat ibu serta bapa Arshad yang benar-benar tabah semasa prosedur penyembuhan Arshad.
Mereka turut mendoakan Arshad menjadi seorang anak yang soleh dan kesihatannya berkekalan sentiasa.
Topic Berkaitan
#Antashah Mohd Nor
#Arshad Imanshah
#Atresia Biliari
#hati
#Hospital Universiti Singapura
#HUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan