MALAYSIA
370 ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri

Pada Selasa, seramai 795 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 370 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Daripada jumlah itu, seramai 366 individu dikompaun, seorang direman manakala tiga lagi individu dijamin.
Selain itu, Operasi Benteng (Op Benteng) pada Selasa turut menyaksikan penangkapan 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI serta rampasan tiga buah kenderaan darat.
Sebanyak 144 buah bot/kapal juga dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan.Berikut merupakan antara lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 5 Mei:
1) PKPD di Kampung Lubok Katak, Tapah, Perak bermula 7 hingga 20 Mei.
2) PKPD di Kampung Permatang Tulang Mukim Sebatu, Jasin, Melaka bermula 7 hingga 20 Mei.
3) PKPD di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis, Papar, Sabah bermula 7 hingga 20 Mei.
4) Penamatan PKPD di SMKA Johor Bahru, Maahad Tahfiz al-Quran al Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Sekolah Menengah Sains Machang dan Kampung Sileng Dayak, Lundu.
5) Pelanjutan PKPD di Rumah Panjang Giman, Batu 13, Sarekei, Kampung Rayang, Serian, 5 Rumah Panjang Jalan Bukut, Mukah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami