awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38 calon SPM di Johor terkesan banjir

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
13/01/2025
02:00 MYT
38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala bakinya menumpang rumah saudara. - Gambar hiasan/APM
JOHOR BAHRU: Seramai 38 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 terkesan banjir di negeri Johor setakat hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Aznan Tamin berkata daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala bakinya menumpang rumah saudara.
"Ia membabitkan 12 calon SPM di daerah Kota Tinggi, diikuti empat calon SPM di Kluang, Kulai (lapan), Pontian (tujuh), Johor Bahru (tiga) dan Pasir Gudang (empat).
"Untuk hari ini, tujuh calon SPM yang terjejas banjir menduduki peperiksaan subjek Matematik Tambahan di pusat peperiksaan yang ditetapkan.
"Hari ini, di Kulai juga terdapat seorang calon terkesan banjir menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Di Johor, seramai 49,980 calon SPM 2024 menduduki peperiksaan di 376 buah pusat di negeri ini.
Pada 2 Januari lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilaporkan berkata, sebanyak 133 Pusat Peperiksaan Alternatif (PPA) disediakan bagi menempatkan calon SPM di enam negeri yang berisiko jika pusat peperiksaan sedia ada dilanda banjir.
PPA itu diwujudkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah sebagai langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang peperiksaan SPM berlangsung khususnya ketika Monsun Timur Laut (MTL).
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan