KUALA LUMPUR: Sebanyak 39 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan tiga jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 33 kes, penyakit kulit (4 kes), dan Acute Gastroenteritis - AGE (2 kes).

Berkaitan situasi semasa bencana banjir, sehingga jam 3 petang 2 Januari 2022, KKM juga memaklumkan:
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri - semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan terkena air banjir.


"Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.

"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.