awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 lagi kawasan terjejas, mangsa banjir Changkat Jong melonjak kepada 118 orang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/12/2021
15:17 MYT
4 lagi kawasan terjejas, mangsa banjir Changkat Jong melonjak kepada 118 orang
Penduduk setempat, Nordin Mat Ali, 59, bersama isterinya Zalehha Heja, 55, berpindah selepas rumahnya terjejas selepas banjir melanda di Kampung Batu 8 Changkat Jong hari ini. - Foto BERNAMA
TELUK INTAN: Empat lagi kawasan di Changkat Jong dilanda banjir sehingga malam ini, menyaksikan mangsa melonjak kepada 118 orang, berbanding 69 pada sebelah petang.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, empat kawasan baharu itu ialah Batu 7, Jalan Changkat Jong; Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Kampung Baru Batu 8 dan Kampung Batu 10.
Sebelum ini, banjir di Changkat Jong hanya melibatkan Kampung Batu 8, Lorong Kedah dan Kampung Batu 9.
“Setakat ini 30 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 Changkat Jong,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, mangsa banjir terdiri daripada 27 lelaki, 37 wanita dewasa, 28 kanak-kanak lelaki dan 26 kanak-kanak perempuan.
Katanya, pemantauan diteruskan dan cuaca di sekitar Daerah Hilir Perak masih hujan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Changkat Jong
#mangsa meningkat
#Hilir Perak
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan