KUALA LUMPUR: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Wan Hassan Wan Embong, dalam kejadian samun di kediamannya, tahun lepas.
Pengawal keselamatan S. Vickeswaran, 23, penghantar surat P. Kogilan dan penganggur M. Ravindran, masing-masing berumur 24 tahun serta juruelektrik, T. Sugu, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa, ketika sebutan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama telah melakukan bunuh, dengan menyebabkan kematian terhadap Wan Hassan, 73, di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini, antara 3.35 pagi dan 4 pagi 29 Nov lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Seorang daripada tertuduh, Ravindran juga mengaku tidak bersalah telah mencederakan isteri Wan Hassan iaitu Sarifah Yusof, 71, menggunakan sebilah parang di tempat dan masa sama, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Selain itu, mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan, menggunakan parang dan tukul besi ke atas jurutera Mohd Muzaffar Zulkifli Martin, 34, membabitkan kerugian kira-kira RM38,000 di sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa, Setapak di sini, pada tarikh sama antara 4.12 pagi dan 5.30 pagi, mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan.
Mahkamah menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula kes, dan prosiding perbicaraan kesemua kes itu ditetapkan pada 7 dan 11 Feb, 14 hingga 18 Feb dan 21 hingga 25 Feb tahun depan.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya cedera akibat ditetak dengan parang di tangan kanan.
Bernama
Tue Jul 06 2021
Mereka didakwa dengan niat bersama telah melakukan bunuh, dengan menyebabkan kematian terhadap Wan Hassan, di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya. - Gambar Sinar Harian
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
4 lelaki mengaku tidak bersalah bunuh bekas pengarah Mardi ketika samun rumah
Mereka didakwa dengan niat bersama telah melakukan bunuh, dengan menyebabkan kematian terhadap Wan Hassan, 73, di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di Kuala Lumpur.
Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Salah seorang suspek dipercayai adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut.