TEMERLOH: "Tidak semua yang tahu mak dan ayah, termasuk ahli keluarga yang lain nak bercuti ke Kuala Terengganu. Malah, tiada update pun dalam group WhatsApp keluarga."
Itu luahan anak ketiga pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan mengorbankan empat nyawa, membabitkan empat kenderaan di KM135.7 LPT 1 berdekatan susur keluar Chenor, pagi Sabtu.
Azrilina Mohamad, 44 berkata, mereka hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 6 pagi, selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga terdekat.
Pasangan Mohamed Samsudin, 75, dan Kamariah Hamzah, 72, antara empat orang yang terkorban dalam nahas itu, selain Muhammad Danial Danish Mohd Ali, 14, yang merupakan anak saudara Azrilina.
"Majoriti ahli keluarga tak tahupun mereka mahu ke Kuala Terengganu. Tak tahu juga bila mereka bergerak ke sana.
"Kesemuanya ada 11 orang dalam kereta Proton Exora. Yang lain cedera, ada juga yang kritikal termasuk anak-anak masih kecil," katanya.
BACA: Empat maut, 12 cedera nahas di LPT1
BACA: Identiti empat mangsa maut kemalangan di LPT1 dikenal pasti
BACA: Pemandu trak tunda LPT antara 4 yang maut
Difahamkan, ahli keluarga mangsa dari Taman Melawati, Kuala Lumpur bergegas ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.
Bapa kepada Muhammad Danial Danish, Mohd Ali Mohd Amin, 45 kelihatan tidak bermaya selepas selesai urusan pengecaman mayat.
Sementara itu, cucu mangsa, Muhammad Danial Haziq Erwandi, 20 memberitahu, dia terkejut mendengar berita itu dan segera menghubungi neneknya, namun panggilan dijawab orang lain.
"Saya memang dari kecil tinggal dengan wan (nenek) dan atuk. Jadi, bila dengar mereka dah 'tiada' saya tak percaya.
"Saya sedih, tak boleh nak fikir apa. Sebelum mereka bergerak ke Kuala Terengganu, saya tak sempat nak salam sebab tiada di rumah.
"Dalam Proton Exora tu, ada Mak Cu dan Pak Cu bersama empat orang anaknya, Mak Teh bersama dua anaknya termasuk Muhammad Danial Danish, serta wan dan atuk," katanya.
Ujarnya lagi, mereka yang menaiki kereta Proton Waja pula adalah ahli keluarga bapa saudaranya, yang dikenali sebagai Pak Cu.
Difahamkan, jenazah ketiga-tiga mangsa akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk kebumikan di Klang Gate, sejurus urusan bedah siasat selesai.
Kejadian jam 3.10 pagi itu, dipercayai berlaku apabila sebuah lori kontena hilang kawalan lalu melanggar tiga kenderaan iaitu Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda yang berada di lorong kecemasan.
Identiti empat mangsa maut dalam kemalangan itu dikenal pasti sebagai pemandu trak tunda, Mohd Azuan Zainal Abidin, 53, selain penumpang Proton Exora Mohamed dan Kamariah, serta Muhammad Danial Danish.
Azee Shafy
Sat Aug 27 2022
Mohd Ali (kiri) tidak dapat menahan kesedihan selepas melakukan pengecaman jenazah anaknya, Muhammad Danial Danish. - Gambar/ Astro AWANI
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat.
Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.
Remaja lelaki maut, dua rakan parah kereta langgar pembahagi jalan plaza tol
Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan pagi ini.
Polis bantuan maut terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan 9 lembu
Seorang anggota polis bantuan maut apabila kereta dipandu terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan sembilan ekor lembu di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
Pasangan warga emas rentung teksi dinaiki untuk ziarah anak kemalangan, terbakar
Perjalanan pasangan suami isteri untuk ke rumah anak berakhir tragedi apabila teksi dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Kampung Lanchang, Jalan Jasin Merlimau, Melaka.
Warga emas maut dalam kemalangan empat kereta
Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan empat kereta di Jalan Bahagia, Taman Minang, Cheras, pada Khamis.
Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.