awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz - Asyraf

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/11/2017
04:49 MYT
4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz - Asyraf
Asyraf Wajdi berkata inisiatif tersebut digerakkan kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz di negara ini perlu ditambah baik. -Gambar fail
Kerajaan melalui pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedang merangka empat model kurikulum yang boleh diguna pakai oleh institusi tahfiz di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif tersebut digerakkan kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz di negara ini perlu ditambah baik.
“Pada masa ini, tiada sistem pengajian tahfiz yang khusus atau selaras yang diguna pakai oleh pengusaha sekolah tahfiz. Kebanyakan sekolah tahfiz menggunakan kaedah dari pelbagai aliran pengajian bergantung kepada aliran pengajian guru masing-masing.
“Kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz perlu ditambah baik untuk menjamin kualiti lepasan pelajar sekolah tahfiz adalah terjamin.
“Oleh itu kerajaan melalui pelaksanaan DPTN sedang merangka empat model kurikulum yang boleh diguna pakai oleh institusi tahfiz bagi menjamin masa depan dan hala tuju pelajar-pelajarnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang meminta kerajaan menyatakan apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu sistem pembelajaran khas untuk sekolah tahfiz.
Katanya, sekurang-kurangnya lima komponen utama dalam DPTN perlu dilaksanakan dalam merealisasikan 125,000 tahfiz profesional menjelang 2050.
Menerusi kerajaan, 31 buah sekolah meliputi 11 sekolah menengah kebangsaan agama, empat sekolah berasrama penuh dan 16 sekolah agama bantuan kerajaan telah melaksanakan kurikulum bersepadu tahfiz.
Malah, 15 sekolah melaksanakan kurikulum bersepadu tahfiz model ulul albab selain 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang berjaya melahirkan 1,164 tahfiz sejak melaksanakan model ulul albab pada 2009.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Dasar Pendidikan Tahfiz Negara
#DPTN
#empat model kurikulum
#institusi tahfiz
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan