Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.
Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata berdasarkan statististik, sebanyak 30 kes termasuk yang melibatkan ahli perniagaan yang baru mengeluarkan wang dari bank direkodkan di negeri itu bagi tempoh awal 2016 sehingga hari ini.
"Jumlah kerugian bagi setiap kes dianggarkan antara RM30,000 ke RM200,000 dan mereka yang terlibat kebanyakannya adalah ahli perniagaan yang baru selesai mengeluarkan wang yang banyak dari bank.
"Berdasarkan modus operandi empat suspek yang ditembak mati semalam, kami yakin mereka turut bertanggungjawab dalam kes-kes yang berlaku di sini (Selangor), tetapi kami memerlukan sedikit masa untuk mengesahkan perkara ini," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor yang baharu, ACP Amarjit Singh Cher Singh menggantikan ACP Amran Ramli yang akan menjawat jawatan Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon II, Jabatan Siasatan jenayah Narkotik Bukit Aman.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari semalam, empat penjenayah, tiga daripada mereka pemegang pasport Indonesia manakala seorang lagi berstatus Pemastautin Tetap berumur antara 37 hingga 49 tahun ditembak mati ketika sedang menyamun RM40,000 daripada seorang warga China yang ingin berurusan di ITBM.
Sementara itu, mengulas mengenai kejadian samun berparang di sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang pada Sabtu lalu, Abu Samah berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.
"Pasukan khas itu telah mendapat maklumat-maklumat baharu mengenai kejadian tetapi masih awal untuk saya ulas, saya bagi jaminan polis komited untuk menyelesaikan kes ini," katanya
Dalam kejadian pada 9.30 malam itu, enam lelaki bersenjatakan parang dan memakai topi keledar meluru masuk ke premis berkenaan dengan mengacukan parang sebelum mengarahkan mangsa untuk menyerahkan barangan berharga.
Rakaman kejadian berdurasi satu minit dua saat itu telah tular di laman sosial Facebook dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2017

Penjenayah yang dipercayai ahli 'geng Civic' itu ditembak anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur selepas menyamun seorang mangsa yang baru saja mengeluarkan wang. - Foto Astro AWANI

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.
Tiga maut bangunan bertingkat di Karachi terbakar
Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kebakaran di sebuah bangunan komersial dan kediaman bertingkat di Karachi, Pakistan pada Rabu.

4 penjenayah ditembak mati semalam dipercayai turut terlibat dalam kes di Selangor
Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan ITBM di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.

Pembunuhan Jong Nam: Polis sah sampel diambil dari kondominium Verve Suites
Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Khalid tepis dakwaan lambat proses penyerahan mayat Jong-Nam
Selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.

Polis sedang kesan dua wanita dipercayai terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Henti sebar nombor pendaftaran kereta terlibat kes belasah di Ampang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan Mercedes Benz yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu.

Polis ingatkan parti menang tidak buat perarakan
Tindakan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti kalah.

Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.

Polis perlu sentiasa jaga imej elak tanggapan buruk masyarakat
Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.