NATIONAL
4 warga asing dicekup cuba masuk ke Malaysia

Kesemua suspek yang ditahan berumur 16 hingga 41 tahun dan dipercayai warganegara Filipina. - Foto ihsan PPM
Cubaan empat warga asing masuk ke negara ini dengan menggunakan bot pam berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam satu operasi di perairan Pulau Nunuyan, pada Khamis.
Dalam operasi yang dinamakan 'Op Pensura' pada kira-kira jam 4.30 petang itu, kesemua suspek yang ditahan berumur 16 hingga 41 tahun dan dipercayai warganegara Filipina.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, anggotanya sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dua buah bot pam yang dinaiki warga asing berkenaan.
"Sebaik ditahan dan diperiksa, didapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Suspek terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki dipercayai warga Filipina," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Tambahnya, semua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami