awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 anggota Polis Perak jalani kuarantin

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2021
16:13 MYT
40 anggota Polis Perak jalani kuarantin
Mior berkata jumlah yang turut membabitkan kakitangan awam dan keluarga itu direkodkan untuk dua hari berturut-turut sehingga semalam. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Seramai 40 pegawai dan anggota polis Perak diarah kuarantin susulan jangkitan atau menjadi kontak rapat dengan individu yang dijangkiti wabak COVID-19.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata jumlah yang turut membabitkan kakitangan awam dan keluarga itu direkodkan untuk dua hari berturut-turut sehingga Jumaat.
"Setakat ini, jumlah positif dan kuarantin seramai 28 orang. Jumlah keseluruhan sehingga 21 Mei 2021, seramai 40 orang positif," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Awam Kampung Rapat serta sekatan jalan raya (SJR) Jalan Raja Dr Nazrin Shah dekat Medan Gopeng, di sini, pada Sabtu.
Menerusi statistik harian polis Perak yang dikongsi kepada pemberita, setakat ini hanya seorang pegawai kanan yang disahkan positif COVID-19 selain enam kakitangan awam dan dua ahli keluarga.
Dalam statistik sama turut dimaklumkan 16 pegawai kanan dan anggota, selain tiga penjawat awam dan 12 ahli keluarga dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SJR
#Sekatan Jalan Raya
#PKPD
#polis
#Ipoh
#Perak
#kontak rapat
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan