awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

400 petugas Parlimen akan divaksin segera

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/06/2021
06:54 MYT
400 petugas Parlimen akan divaksin segera
Lebih 400 petugas Parlimen akan diberikan vaksin bermula hari ini sebagai persediaan untuk pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan diumumkan kelak. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Lebih 400 petugas Parlimen akan diberikan vaksin bermula hari ini sebagai persediaan untuk pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan diumumkan kelak.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kakitangan yang mengiringi Ahli Parlimen juga layak untuk menerima vaksin berkenaan.
“Ini sebagai persediaan kepada pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan ditentukan tidak lama lagi.
“Kita mahu petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan berlaku. Di samping itu, setiap Ahli Parlimen diberitahu bahawa staf mereka juga layak menerima vaksinasi.
“Ia termasuk staf yang mengiringi Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan harapan bila Parlimen bersidang, kita akan ada (sidang) Parlimen yang sudah divaksin sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan PICK di Putrajaya pada Rabu yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan satu persidangan khas Parlimen telah dicadangkan kepada Perdana Menteri untuk diadakan sebelum 1 Ogos depan.
Ia susulan titah pandangan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.
Menerusi satu kenyataan bersama, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, titah pandangan itu dizahirkan baginda pada sesi menghadap bersama yang berlangsung semalam.
Pada Selasa, Al-Sultan Abdullah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuang Agong berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#PICK
#vaksin
#Parlimen
#Buka Parlimen
#Dewan Rakyat
#Dewan Negara
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#Agong
#jangkitan
#Rais Yatim
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan