awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

407 individu ingkar PKPP ditahan, 403 dikompaun, 4 direman

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/11/2020
09:49 MYT
407 individu ingkar PKPP ditahan, 403 dikompaun, 4 direman
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 403 individu dikompaun manakala empat direman. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Polis menahan 407 individu pada Jumaat kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 403 individu dikompaun manakala empat direman.
“Kesalahan sama juga seperti sebelum ini iaitu tidak memakai pelitup muka (148), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (99), Premis gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (67).
“Ia termasuk premis beroperasi lebih masa (9), aktiviti pusat hiburan (7), Private Party (7) dan lain-lain (70).
“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media harian pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Op Benteng telah berjaya menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI), satu tekong, satu penyeludup serta berjaya merampas lima kenderaan darat.
“Pasukan ATM bersama PDRM semalam telah mengesan 14 buah bot nelayan asing di kawasan perairan Pulau Pinang.
“KD LAKSAMANA TAN PUSMAH telah diaturgerak ke lokasi dan berjaya mengusir kesemua bot nelayan asing tersebut keluar dari perairan Malaysia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#SOP
#polis
#pati
#menteri
#nelayan
#bot
#perintah kawalan pergerakan
#PKPP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#Menteri Pertahanan
#Menteri Kanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan