TASK Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 85,123 pemeriksaan pada 9 Julai.

Ia melibatkan 4,349 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,891 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1. 417 individu ditahan ingkar SOP, 408 dikompaun, 9 direman

2. Op Benteng tangkap seorang Pati, rampas 2 buah kenderaan darat dan 2 buah bot

3. Op Benteng jalankan 950 Sekatan Jalan Raya

4. 152 operasi disinfeksi dilaksanakan di seluruh negara

5. 766 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semuanya dikuarantin