ISKANDAR PUTERI: Seramai 42 wanita termasuk 40 warga Thailand serta dua masing-masing warga Indonesia dan Mynamar yang disyaki bekerja sebagai 'gadis kalung bunga' dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, Jumaat lalu.
Turut ditahan dalam serbuan itu, dua lelaki masing-masing warga China dan Bangladesh.
Menurut Pengarah JIM Negeri Johor, Baharuddin Tahir, serbuan dibuat susulan aduan menyatakan terdapat beberapa warga asing tinggal dan bekerja tanpa pas serta permit yang sah di pusat hiburan berkenaan selain turut didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di negeri ini.
“Sekitar jam 12.10 pagi Jumaat lalu, pihak JIM Negeri Johor dalam satu tindakan penguatkuasaan telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Iskandar Puteri dan menahan 44 warga asing.
“Kesemua warga asing ditahan yang berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu disyaki bekerja sebagai 'gadis kalung bunga' di pusat hiburan berkenaan dengan menerima bayaran sekitar RM50 hingga RM500 bagi khidmat layanan yang diberikan.
“Pihak JIM turut melakukan serbuan di penempatan pekerja-pekerja tersebut di tingkat tiga pusat hiburan berkenaan dan hasil siasatan turut mendapati kesemua yang ditahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan PLS.
Sementara itu Baharuddin berkata, pihak JIM memandang serius isu warga asing yang menyalahgunakan kemudahan untuk tinggal di Malaysia dengan menyalahgunakan pas diberikan dan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Dalam perkembangan berasingan, Baharudin berkata, JIM Johor menahan 63 warga asing yang disyaki bekerja tanpa permit sah di sekitar bandar raya ini hasil serbuan di 26 premis sejak Rabu lalu.
Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan melibatkan sembilan lelaki warga Nepal, India (lapan), Bangladesh (21), Pakistan (enam), dua lelaki dan lima perempuan warga Indonesia, empat lelaki, empat perempuan termasuk dua kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar dan seorang perempuan warga Filipina berusia antara tiga hingga 61 tahun.
“Kesemua mereka yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia.
“Mereka juga ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.
“Selain itu, sebanyak lapan notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu Baharuddin berkata, pihak JIM Negeri Johor akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan di seluruh negeri bagi membanteras isu kebanjiran PATI.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI yang melanggar undang-undang dan majikan serta pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 18 2024

Pihak Imigresen memeriksa dokumen warga asing yang ditahan.- Foto JIM Negeri Johor

Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan SPM 2024 - Ahmad Zahid
Ruang pendidikan sentiasa terbuka luas kepada semua calon SPM 2024 termasuk melalui TVET yang kini diiktiraf sebagai pemacu utama pembangunan negara.
ASEAN 2025 | 24 April
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Laos terima manfaat kerjasama tenaga dengan China - PM Sonexay
Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, menekankan peranan penting yang dimainkan oleh industri tenaga elektrik dalam ekonomi Laos.
Foodpanda Thailand ditutup sepenuhnya selepas 13 tahun kerugian
Foodpanda Thailand akan ditutup sepenuhnya bermula 23 Mei ini ekoran mengalami kerugian selama 13 tahun operasinya.
Filipina, Indonesia perkukuh kerjasama iklim dan pertahanan
Filipina dan Indoensia bekerjasama dalam isu perubahan iklim dan pertahanan demi kestabilan serantau dan keselamatan bersama.
Bahasa ASEAN diperkenal hanya sebagai elektif
Cadangan memperkenalkan bahasa negara-negara ASEAN seperti Thai, Khmer dan Vietnam dalam sistem pendidikan negara tidak seharusnya dipertikaikan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Pelancongan berasaskan seni dan budaya ASEAN beri pengalaman berharga
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kolaborasi sektor berkenaan di peringkat ASEAN akan membolehkan rantau ini memberikan satu pengalaman yang benar-benar unik kepada pelancong antarabangsa berlandaskan warisan dan budaya.
Kerjasama Thailand-Stardream Cruises, lancar kapal persiaran
Ia bagi memperkukuh kedudukan thailand dalam sektor pelancongan kapal persiaran antarabangsa
Persidangan badan anti-rasuah ASEAN: Penilaian pelaksanaan penyata Jakarta
Putrajaya bakal menjadi medan penting kepada usaha serantau memerangi rasuah apabila wakil-wakil agensi pencegahan rasuah dari seluruh ASEAN berhimpun dalam Persidangan Badan Anti Rasuah ASEAN di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa ini.

Konsert 'Slam X Exists: Our Journey' gegar Mega Star Arena 26 Julai ini
Konsert ini akan menampilkan dua vokalis tersohor, Zamani (Slam) dan Ezad (Exists), yang akan menyanyikan lagu-lagu hit mereka.

Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita
Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.

Wanita warga asing maut ditikam
Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di Flat Taman Indah, Batu Maung, semalam.

Polis tahan 48 individu termasuk wanita warga asing dalam Op Noda
Polis menahan enam lelaki tempatan dan 42 wanita warga asing dalam Op Noda yang dijalankan di enam premis hiburan sekitar bandar raya ini, pada Jumaat lepas.

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan
Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan sekitar Jalan Chulan, pagi tadi.

Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.

Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera
Kesemua suspek ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.

42 'gadis kalung bunga' kena tahan
Seramai 42 wanita termasuk 40 warga Thailand serta dua masing-masing warga Indonesia dan Mynamar yang disyaki bekerja sebagai 'gadis kalung bunga' dicekup di Johor.

Wanita warga asing ditahan cuba ragut rantai leher pengunjung kuil Batu Caves
Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam.

Imigresen Johor tahan 51 PATI termasuk 23 tukang urut wanita
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 51 pendatang asing dalam beberapa operasi di sekitar daerah ini dan Batu Pahat, semalam.

Polis tahan wanita warga asing berhubung kes tetak lelaki di Ayer Tawar
Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.