Sejumlah 425,251 calon menduduki ujian bertulis peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula hari ini hingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 394,458 calon ialah pelajar sekolah menengah kebangsaan, manakala selebihnya 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian.

Peperiksaan PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Hari pertama peperiksaan hari ini menyaksikan pelajar menduduki kertas subjek Bahasa Malaysia dan Matematik.