awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

43 pelajar, seorang guru SM Sains Tapah alami keracunan makanan

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2016
08:24 MYT
43 pelajar, seorang guru SM Sains Tapah alami keracunan makanan
Seramai 44 orang pelajar asrama dan seorang guru di Sekolah Menengah Sains Tapah mengalami keracunan makanan selepas makan di dewan asrama sekolah, Sabtu malam. - Gambar Bernama
Seramai 43 pelajar asrama Sekolah Menengah Sains Tapah dan seorang guru mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah lewat malam yang disediakan oleh dapur asrama sekolah itu pada Sabtu.
Ekoran itu 32 pelajar telah dimasukkan ke Hospital Tapah dan seorang telah dimasukkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Manakala, 11 lagi pelajar termasuk seorang guru dibenarkan berehat di bilik rehat (sick bay) asrama sekolah itu sejak Ahad.
Menurut Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, kesemua mangsa berusia 13 hingga 50 tahun itu dipercayai mengalami keracunan selepas menikmati hidangan kari ayam bersama roti jala yang disediakan oleh dapur asrama pada malam Sabtu.
keracunan makan
Dr Mah ketika melawat pelajar di Hospital Tapah, Perak. - Gambar Bernama
Katanya, daripada 111 pelajar yang menikmati juadah itu, hanya 43 pelajar dan seorang guru terlibat telah mengalami simptom cirit birit, muntah serta pening, keesokan harinya iaitu pada Ahad.
Tambah beliau, setakat ini dapur asrama berkenaan telah diarahkan tutup selama dua minggu dan pihaknya telah mengambil 40 sampel yang terdiri daripada sampel klinikal, hand swab, peralatan dan makanan untuk diuji.
Dr Mah turut memberitahu kesemua mangsa ketika ini dalam keadaan stabil dan pemantauan kesihatan akan diadakan secara berkerap.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Tapah dan dapur asrama sekolah berkenaan pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Dr Mah Hang Soon
#keracunan makanan
#Sekolah Menengah Sains Tapah
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan