awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor, MCMC meterai MoU bandar pintar dengan peruntukan RM450 juta
Nahas pesawat Sulawesi: Operasi SAR dibahagi kepada 9 pasukan
RPN: Perubahan perundangan perlu sebelum pelaksanaan sistem pendidikan prauniversiti - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 rumah musnah terbakar di Penangah

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2024
00:20 MYT
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Sebahagian rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Penangah, Tongod. - Foto Sinar Harian
KINABATANGAN: Sebanyak 44 rumah musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Kampung Penangah, Tongod, *alam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.24 malam.
Menurutnya, seramai sembilan anggotanya dengan bantuan empat anggota dari BBP Beluran dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 174 kilometer dari BBP Kinabatangan.
"Pasukan bomba hanya tiba di lokasi pada jam 11.33 malam susulan jarak lokasi yang jauh dan operasi memadam kebakaran segera dilakukan.
"Dianggarkan sebanyak 44 rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal bersama sebuah kenderaan telah musnah dalam kebakaran itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 2.30 pagi namun operasi memadamkan sepenuhnya kebakaran masih giat dilakukan.
"Pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran tersebut dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rumah terbakar
#bomba
#Kinabatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan