awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45 penagih dadah ditahan di Pasir Panjang

Bernama
Bernama
07/09/2021
05:22 MYT
45 penagih dadah ditahan di Pasir Panjang
Kesemua mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan polis hasil maklumat orang awam, yang memaklumkan kawasan itu merupakan 'sarang' baharu penagihan dadah.
PORT DICKSON: Seramai 45 individu termasuk warga emas berusia 70 tahun disyaki penagih dadah, ditahan menerusi Ops Sarang di ladang kelapa sawit di Pasir Panjang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata ketika serbuan, sekumpulan lelaki berada di kawasan berkenaan cuba melarikan diri, namun gagal kerana sudah dikepung oleh sepasukan anggota polis dalam operasi bermula pada pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Katanya kesemua mereka berusia 21 tahun hingga 70 tahun itu ditahan dalam operasi dilakukan hasil maklumat orang awam, yang memaklumkan kawasan itu merupakan 'sarang' baharu penagihan dadah.
"Dalam serbuan itu, pihak polis merampas paket lutsinar yang mengandungi dadah berbahaya disyaki heroin seberat 49.61 gram (g), tiga tiub straw pendek yang mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 0.65g dan 14 paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 11.55g," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Aidi Sham berkata hasil ujian air kencing mendapati kesemua individu berkenaan positif dadah, iaitu seorang daripada mereka positif methamphetamine manakala 44 individu positif morfin.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penagih dadah
#Aidi Sham Mohamed
#Polis Daerah Port Dickson
#Ops Sarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan