Seramai 47 pelajar Malaysia di Riau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tengah hari tadi.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kumpulan pertama pelajar itu dibawa pulang melalui penerbangan dari Pekanbaru ekoran pengumuman darurat jerebu di daerah berkenaan dua hari lepas (23 Sept).
Ketibaan kumpulan pelajar itu disambut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.
Sementara, kumpulan kedua seramai 31 lagi pelajar Malaysia dijangka tiba di klia2 pada 6.10 petang ini.
Dalam pada itu, Kementerian Luar dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan sedang menguruskan pemindahan 35 pelajar dari Pekanbaru ke Jakarta untuk ditempatkan sementara di Malaysia Hall, Jakarta.
Menurut kenyataan itu, pemindahan pelajar tersebut dibantu perwakilan diplomatik Malaysia di Indonesia iaitu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru bersama wakil agensi kedua-dua perwakilan berkenaan.
Mengikut perancangan pemindahan pelajar yang ditetapkan, setakat ini seramai 113 pelajar dapat dipindahkan dari Riau.
"Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses evakuasi pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di wilayah Riau dan Jambi, Indonesia," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 25 2019
Seramai 47 pelajar Malaysia di Riau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tengah hari tadi. - Foto Bernama
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
Blinken rakam penghargaan kepada Malaysia bantu proses evakuasi dua rakyat Amerika Syarikat - Zambry
Amerika Syarikat telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas bantuan membawa keluar dua orang warganegaranya semasa proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan.
Krisis Afghanistan: Qatar lakukan penerbangan evakuasi kelima
Penerbangan itu membawa 235 orang, majoritinya warga Afghanistan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penerbangan evakuasi dari Afghanistan mungkin disambung semula - Dominic Raab
Raab memaklumkan lapangan terbang Kabul mungkin akan dibuka semula dalam masa terdekat.
UK dikritik tergesa-gesa bawa keluar warga Afghanistan
Dalam tempoh dua minggu, pihak berkuasa UK berjaya membawa keluar lebih 15,000 orang dari Afghanistan.
India bawa keluar 78 lagi orang dari Kabul
Kira-kira 800 warga India dan Afghanistan diterbangkan ke New Delhi sejak 16 Ogos.
Konflik Afghanistan: Australia pindahkan 76 orang lagi
Kesemua mereka diterbangkan ke pangkalan tentera Australia Al Minhad di Emiriah Arab Bersatu, sebelum kemudiannya ke Perth, pada Khamis.
Itali mulakan misi evakuasi dari Kabul
Mereka terdiri daripada warga Itali serta anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Gunung Berapi Taal: Filipina tingkatkan amaran bahaya, penduduk diarah berpindah
Gunung berapi itu telah menghamburkan asap dan wap panas sehingga kelihatan setinggi 1 kilometer ke udara.
Taufan terkuat tahun 2020 sudah mendekat, Filipina mula pindahkan penduduk
Taufan Goni, yang membawa angin sekencang 215 kilometer sejam (kmj) hingga 265kmj, dijangka membadai negara itu pada Ahad.