GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencatatkan pencapaian sebanyak 47 peratus melibatkan pelaksanaan 210 projek dan program selepas tempoh lima tahun pelancaran Visi Penang 2030.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata melangkah ke hadapan, barisan kepimpinan kerajaan negeri akan terus komited memartabatkan Pulau Pinang di persada dunia dengan cemerlang bagi memastikan Visi Penang 2030 direalisasi.
"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Visi Penang 2030 mempunyai empat Tema Utama yang disokong oleh 16 Inisiatif Strategik dan dari segi pencapaian, sebanyak 210 projek dan program telah dan sedang dijalankan.
"Ia termasuk usaha untuk mempercepat transformasi digital, membina daya tahan, menggunakan data dengan cekap, lebih tumpuan memenuhi kehendak rakyat, memberi keutamaan kepada belia, memperkasa komuniti wanita dan kanak-kanak, membina hubungan ekonomi global bagi industri elektrik dan elektronik, memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat, menarik bakat, kecekapan sumber serta memupuk keterangkuman gender," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata menyorot kembali tanggal 29 Ogos 2018, yang menyaksikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara digagaskan, ia merupakan wawasan pembangunan terdiri daripada empat tema utama melibatkan semua rakyat negeri itu.
Ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata Tema A meningkatkan daya huni bagi menambah baik kehidupan, Tema B pula menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah manakala Tema C memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dan Tema D melabur dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya tahan.
Beliau berkata kerajaan negeri juga beriltizam untuk meneruskan usaha dan komitmen untuk merealisasikan Visi Penang 2030 dalam tempoh yang berbaki tujuh tahun lagi.
"Saya amat yakin barisan kepimpinan kerajaan negeri mampu melakukannya sebagaimana yang telah dibuktikan dalam cabaran menempuh pandemik COVID-19 sebelum ini hasil sokongan semua pihak," katanya.
Chow juga berkata dalam tempoh lima tahun memperjuang pentadbiran berintegriti, kebajikan rakyat, kelengkapan infrastruktur dan pembentukan sebuah rantaian ekosistem, kini Pulau Pinang menerajui teknologi pendigitalan serta inisiatif bandar pintar berlandaskan pembangunan sumber insan untuk menjadi sebuah negeri yang terus gemilang dan terbilang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Chow KOn Yeow berkata, barisan kepimpinan kerajaan negeri akan terus komited memartabatkan Pulau Pinang di persada dunia dengan cemerlang. - Foto fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.