Skip to main content

Malaysia

48 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN

81640325439_Acryl.jpg
KUALA LUMPUR: Seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.

"Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita manakala di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki," katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI

Sementara itu mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video