awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48 saman dikeluarkan di 'jalan New Zealand'

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2022
01:53 MYT
48 saman dikeluarkan di 'jalan New Zealand'
Polis mengeluarkan 48 saman terhadap individu yang melakukan kesalahan di Jalan Temiang-Pantai yang mendapat jolokan jalan 'New Zealand'. -Gambar Facebook Tourism Malaysia
SEREMBAN: Polis mengeluarkan 48 saman terhadap individu yang melakukan kesalahan di Jalan Temiang-Pantai di sini yang mendapat jolokan jalan 'New Zealand'.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan adalah meletakkan kenderaan di lorong kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul.
"Tiada masalah untuk bergambar tetapi janganlah sampai meletak kenderaan di lorong kecemasan sehingga mengganggu kelancaran trafik dan mengundang bahaya kepada orang lain.
"Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kes kemalangan berlaku di kawasan itu," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini pada Isnin.
Menurutnya, tiada larangan untuk orang ramai melakukan aktiviti berbasikal dan joging di jalan terbabit selagi tidak mengganggu lalu lintas, membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Katanya, polis dan agensi berkaitan akan melakukan pemantauan dan advokasi dari masa ke masa di kawasan itu.
"Itu sebenarnya jalan Persekutuan bukannya lebuh raya, mungkin disebabkan pemandangan di sepanjang laluan itu menarik menyebabkan ramai yang berhenti untuk mengambil gambar.
"Ia tidak jadi masalah asalkan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan selain tidak mengganggu lalu lintas," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial sekumpulan individu dari sebuah kelab kereta meletakkan kenderaan di lorong kecemasan kedua-dua arah di Jalan Temiang-Pantai untuk bergambar di jalan raya berkenaan yang dikatakan mempunyai pemandangan seperti di New Zealand.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Temiang-Pantai
#Mohamad Mat Yusop
#lorong kecemasan
#48 saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan