awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 Ahli Parlimen dilantik menganggotai PAC

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
26/10/2015
02:39 MYT
5 Ahli Parlimen dilantik menganggotai PAC
PAC kini dianggotai oleh Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh, Datuk Ahmad Hamzah, Datuk Nawawi Ahmad, Datuk Koh Nai Kwong, Datuk Takiyuddin Hassan dan pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin (gambar). -Astro AWANI /Shahir Omar
Kekosongan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akhirnya terisi selepas Jawatankuasa Pemilih bermesyuarat pada Khamis.
Ahli-ahli Parlimen yang dilantik ke dalam PAC adalah Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan), Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) dan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi).
Mereka dipilih bagi menggantikan Datuk Madius Tangau (BN-Tuaran), Datuk Mas Ermieyati Shamsudin (BN-Masjid Tanah) dan juga Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas).
Ketiga-tiga ahli parlimen ini terpaksa meletakkan jawatan dalam PAC selepas dipanggil untuk menganggotai pentadbiran kerajaan susulan rombakan Kabinet pada Julai lepas.
Sementara itu, Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) dipilih bagi menggantikan tempat Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis) dalam PAC.
Chua dipilih menjadi Timbalan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet pertama pada Jun 2014.
Manakala Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) pula dipilih menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR-Tumpat) yang telah meninggalkan PAS bagi menyertai PKR.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Jawatankuasa Pemilih
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan