awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 lagi lokaliti dikena PKPD di Sabah dan Kelantan - MKN

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
22/08/2021
11:37 MYT
5 lagi lokaliti dikena PKPD di Sabah dan Kelantan - MKN
PKPD di dua lokaliti di Sabah yang sepatutnya berakhir pada 23 Ogos dilanjutkan sehingga 6 September. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lima lagi lokaliti di Sabah dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 24 Ogos sehingga 6 September depan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, di Sabah lokaliti terbabit ialah Kampung Buanog Mantunggong, Kudat dan Kampung Balung Cocos, Tawau.
Sementara tiga lokaliti di Kelantan ialah di Kampung Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang di mukim Jal Besar, selain Kampung Bunut Sarang Burung di mukim Wakaf Bharu di Tumpat.
Sementara itu, PKPD di dua lokaliti di Sabah yang sepatutnya berakhir pada 23 Ogos dilanjutkan sehingga 6 September.
Dua lokaliti terbabit ialah Kampung Pukat dan Taman Semarak Indah di Tawau.
MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di tujuh lokaliti membabitkan empat negeri.
Lokaliti terbabit ialah Tawau dan Kalabakan ,Sabah selain Kampung Bukit Malut di Langkawi pada 23 Ogos.
Selain itu, PKPD di Kampong Bongkok, Bera, Pahang tamat pada 22 Ogos manakala Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu pula (23 Ogos).
Topic Berkaitan
#PKPD
#Sabah
#Kelantan
#MKN
#kawasan baharu
#Ditamatkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan