awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman

Bernama
Bernama
09/09/2022
07:20 MYT
5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman
Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan terbabit. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Okt.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pengurusan kes itu akan didengar di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
Pada 1 Sept, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, beliau hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana hakim mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
[LAPOR LANGSUNG] Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
Kes Rasuah Solar | Tidak puas hati keputusan mahkamah, Rosmah kemuka rayuan
Mahkamah juga memerintahkannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Rosmah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya itu pada 2 Sept.
Menurut notis rayuan, Rosmah tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan hakim dan ingin merayu terhadap keputusan itu.
Beliau turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan kes tersebut.
Hakim Mohamed Zaini dalam penghakimannya antara lain memutuskan bahawa pembelaan Rosmah hanya penafian semata-mata dan wang RM6.5 juta memang untuknya dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rasuah Rosmah
#Rosmah Mansor
#projek solar hibrid
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan