awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 rumah terbakar menjelang raya

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2021
00:56 MYT
5 rumah terbakar menjelang raya
Anggota bomba dan penyelamat sedang bertungkus lumus memadam kebakaran yang berlaku membabitkan lima rumah di Kampung Padang Tembak di sini. -Sinar Harian
TELUK INTAN: Lima rumah di Kampung Padang Tembak, di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal malam Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.47 malam.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian terdapat dua rumah sedang marak terbakar sebelum merebak ke tiga lagi rumah berhampiran.
"Operasi memadam kebakaran membabitkan anggota dari BBP Teluk Intan serta dibantu anggota BBP Hutan Melintang dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Teluk Intan dengan keseluruhan seramai 53 anggota.
"Bagaimanapun dalam kejadian ini tiada mangsa terlibat, hanya harta benda yang musnah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, selain rumah, turut musnah dalam kebakaran itu sebuah motosikal.
Jelasnya, operasi pemadaman kebakaran itu tamat pada jam 12.30 tengah malam.
Artikel asal di Sinar Harian: 5 rumah terbakar menjelang raya
Topic Berkaitan
#kebakaran
#JBPM
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan