awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung, kereta terbakar di Plaza Tol Jitra
Ireland sifatkan ancaman tarif Trump berhubung Greenland tidak boleh diterima sama sekali
Final AFCON penuh kontroversi, Senegal tawan kejuaraan di bumi Maghribi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 sebab mengapa belia menganggur

Najib Aroff
Najib Aroff
12/10/2018
09:50 MYT
5 sebab mengapa belia menganggur
Pendidikan terlalu berbentuk teori di peringkat sekolah, pengajian tinggi dan institusi kemahiran menjadi antara punca belia kekurangan aspek kemahiran berfikir, menganalisa dan bercakap dalam pelbagai bahasa. - Gambar fail
Hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia di bawah 10 peratus menjelang 2019 disambut baik oleh Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB).
Setiausaha Agung PKPB Mohammad Rizan Hassan berkata, pendidikan terlalu berbentuk teori di peringkat sekolah, pengajian tinggi dan institusi kemahiran menjadi antara punca belia kekurangan aspek kemahiran berfikir, menganalisa, bercakap dalam pelbagai bahasa serta kemahiran interaksi yang lemah.
Berikut LIMA sebab mengapa belia menganggur, menurut Mohammad Rizan:
1. Belia memohon gaji dan faedah tidak realistik;
2. Lemah penguasaan Bahasa Inggeris dan komunikasi ditempat kerja;
3. Memilih perkerjaan serta syarikat;
4. Tiada personaliti dan perwatakan yang meyakinkan; dan
5. Kemahiran yang tidak mencapai keperluan minimum industri
“Masalah pengangguran dalam kalangan belia bukanlah satu isu baharu. Cuma, golongan belia harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka.
“Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu menikmati kesejahteraan hidup sepanjang kehidupan mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Justeru, PKPB mengesa kerajaan melakukan perubahan drastik terhadap sistem pendidikan akademik dan kemahiran di negara ini yang perlu menekankan aspek kemahiran insaniah.
Pada Jumaat, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman berikrar kerajaan akan berusaha menurunkan kadar pengangguran dikalangan belia dari 10.7 peratus kini melalui peruntukan dalam Belanjawan 2019.
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#Belanjawan 2019
#Belia
#gaji
#komunikasi
#Menteri Belia dan Sukan
#pengangguran
#PKPB
#Syed Saddiq
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan